Tuesday, April 15, 2014

Pengalaman Haji Sebagai Jemaah Tempatan...

Mengimbau Haji 1433h, 9 zulhijjah tak lama lagi azan subuh kawasan mena akan berkumandang , para jemaah haji sudah mula bersiap que di bilik mandi di khemah mena, jemaah haji tempatan biasanya belum lagi bergerak ke arafah. Jemaah haji malaysia sudah awal lagi digerakkan masuk ke arafah di awal malam, jemaah tempatan selagi boleh cuba turuti sunnah Nabi dalam setiap pergerakan, sejurus lepas subuh pergerakan jemaah telah disusun, jemaah malaysia tempatan dikumpulkan bersama kumpulan besar jemaah lain,kedengaran talbiah berkumandang berjalan perlahan menuju ke stesen mena 1.kelihatan jemaah sungguh ramai ..jejantas menuju ke stesen sesak berlaku sedikit tolak menolak namun alhamdulillah kami sekeluarga terus bersama berjalan naik ke stesen keretapi untuk menuju ke Arafah...

Pengalaman jemaah tempatan agak berbeza jika dibandingkan dengan jemaah Malaysia.. Jemaah tempatan dari dalam Saudi eg Riyadh hanya bergerak ke Makkah 2/3 hari sebelum hari sebelum hari wukuf.. Perjalanan ke Makkah dari Riyadh mengambil masa purata 10 jam jarak yang hampir 900 km...bermiqat di Thoif sebelum masuk ke Makkah...

Perjalanan dengan bas dari Riyadh ke Thoif bukan mudah juga dari jangkaan selepas zuhur adakalnya hampir maghrib baru bertolak menuju ke thoif, bas perlu ambil tasreh/permit untuk membawa jemaah haji hampir berjam jam menunggu di stesen bas riyadh...bas terus bergerak ke thoif sebaik kelulusan diberi... Sepanjang perjalanan checkpoint haji ditempuhi, tak lupa speed trap polis trafik bas menyusur perlahan kerana setiap 10-20 km polis trafik menanti caranya mudah dua kereta polis diletakkan di tebing jalan sambil strobe light biru dinyalakan..memandu di padang pasir yang luas pandangan jauh jika cuaca baik tambah pula malam senang kelihatan berkm jauh kereta polis dihadapan... Siapa berani memecut laju...

Pagi 7 Zulhijjah 1433, di pagi yang hening beberapa jam sebelum subuh waktu Thoif bas menghampiri masjid meeqat thoif, pada awalnya kami bercadang ambik motel hourly untuk buat persiapan motel yg selalunya dalam 20-30 riyal satu jam pagi bernilai 30-50 satu kepala semua jadi premium, pekan meeqat thoif ini memang busy sepanjang tahun kerana menjadi meeqat umrah bagi yang datang dari arah riyadh...tak jadi motel mahal sangat terus ke masjid meeqat lebih selesa dan majjanan ie free...cuaca sudah mula sejuk tambahan thoif tanah tinggi... Cuaca sejuk mencucuk ke tulang dan kepala...nak kata pandai arab tak jugak tapi berkat belajar dulu bolehlah nak nego dgn pemilik motel... Namun kena tukar lingo tak boleh cakap fushah atau bahasa buku kena cakap bahasa pasar depalah...selepas subuh bas melalui checkpoint haji utama tasreh/permit haji individu disemak jika berlaku kesilapan sangkut satu bas .. Alhamdulillah semua ok...


No comments: