Tuesday, April 15, 2014

Haji 1433 dari Riyadh ke Makkah

Selepas suboh 7 zulhijjah, jemaah teru menuju ke makkah sepanjang jalan pelbagai ragam dan keaadaan...kenderaan tanpa permit ditahan tak boleh lepas checkpoint jemaah tanpa permit perlu meneruskan berjalan kaki jarak ada dalam 20-30 km lagi ke makkah, kereta sapu menanti mereka selepas checkpoint, bagi kami alhamdulillah bas teru menuju ke baitullah al haram...setibanya di haram tawaf Qudum dan saei haji...usai saei ada yang menuju ke restoran malaysia di safa tower melepaskan rindu pada masakan malaysia... Kemudian terus dibawa bas menuju ke mena..jemaah hanya tidur di khemah sepanjang mengerjakan haji dari malam 8 zulhijah sampai 13 Zulhijjah...setibanya di khemah mena jemaah mensesuaikan diri dgn keadaan .. Solat sepanjang di Mena di qasarkan...


8 zulhijjah 1433, hari free n easy bagi jemaah di Mena. Melepaskan kepenatan naik bas berjam jam rehat hari ini amat bermakna dan penting bagi menghadapi hari wukuf. Di khemah malaysia seperti tahun tahun sebelumnya indomee cup menjadi teman jemaah...khemah jemaah lain tak dak ni...  . Di hari ini jugalah bermulalah bertemu kabsah kambing untuk lunch dan dinner... Sampai hari ini anak sulong Eismael Rizaidy jatuh hati pada kabsah ... Tapi bagi jemaah malaysia yang lain mulalah ngidam masakan malaysia... Katanya di hari hari yang sama di khemah Malaysia (Tabung Haji) di jamu nasi lemak buat breakfast... Bawa Bersabarjelah tujuan haji bukan untuk makan untuk ibadah..namun kambing setiap hari menjadi cabaran buat jemaah malaysia tempatan...




Hari wukuf 9 Zulhijjah 1433, pergerakan jemaah dari khemah kami AlAmeen Group Hujjaj dari Riyadh majoritinya grup selatan asia dari India Pakistan dan kawasan yang sewaktu dgn nya. Pergerakan perlahan naik train ke Arafah jemaah tiba ke khemah tanpa sebarang masalah, biar lambat asalkan selamat setibanya di Stesen Arafah 3 , jemaah di bawa ke khemah. Khemah agak besar dan hawadingin amat membantu menyejukkan keaadaan. Alhamdulillah sekali lagi jemaah Malaysia dapat port yang baik. Ada kesah juga boleh dikongsi disini memandangkan seharian di khemah pada hari wukuf jemaah terus beribadah seharian. Jemaah malaysia ditanya ada masalah kah duduk sekali dengan puak shiah dari asia selatan , malaysian being malaysian malaysia boleh saja...masuk waktu solat port kami didepan arah kiblat ust hassan ketua grup kami mengimamkan solat zuhur jamak... lepas solat hmmmm kabsah time!!! Pekerja muassasah kurang hidangan lambat ramailah jemaah malaysia volunteer akhirnya nasi pun hampir habis para sukarelawan pakat pakat makan dalam dulang saki baki yang ada..Alhamdulillah.. solat zuhur di arah diqasarkan dan dijamak degan asar...manakala maghrib di jamak takhirkan solat di mudzalifah..


No comments: